Kata penulis

Kata Penulis
Blog ini bertujuan untuk mengasah bakat menulis saya dan dapat mengkongsikan kepada yang lain untuk sama-sama menilai cerita,olahan cerita,bahasa,menambah ilmu pengetahuan dan lain-lain.Ulasan-ulasan anda amat
saya harapkan,ulasan-ulasan yang membina amat saya hargai!


Novel:(Isteriku Seorang Doktor? dan Kucing Rumah) Sila tinggalkan ulasan anda!

Jumaat, 18 Februari 2011

Isteriku Seorang Doktor? 5

Ain berkurung di dalam biliknya.Dia tidak mahu keluar. Dia sedih tindakan suaminya menuduh bapa dia begitu. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk..

"Siapa?"

"Ayah"

Ayah ain masuk. Menuju ke katil anak nya lalu melabuhkan punggung duduk di sebelahnya.

"Kenapa ni?.Ayah ain membelai rambut anaknya.

"Berjaya tak?.kata ayah ain lagi".

"Tak ayah. Saya tak tahu macam mana nak menyedarkannya lagi."

"Ayah bukan bermaksud membela menantu ayah tu,tapi cara Ain menyedarkan saiful tu membuat dia takut"

"Tak ada cara lain ayah,itu saja jalannya untuk mengingati saya balik".Air mata ain laju membasahi pipi nya.

"Ayah faham"

"Faham apa?"

"Ayah faham,Ain sangat saya kan dia.Ia terbukti selepas peristiwa itu berlaku ain.Ain tak dapat terima kenyataan itu.Walaupun nampak negatif tapi itu menunjukkan cinta ain terhadapnya".Ayah ain tersenyum dan merenung tajam ke muka anaknya.

Ain menangis laju kini hidungnya tersumbat."Ain tak bertanggungjawab ayah.Salah ain sebab lari dulu. Ain belajar tinggi hingga keluar negara tapi tak boleh selamatkan dia".

"Ishh..jangan cakap macam itu sayang.Itu bukan salah ain.apa-apa pun ain sudah buat yang terbaik untuk nya dan jaganya dengan baik...dan ayah faham kenapa ain lari dari rumah dulu..sebab kekecewa menguasai ain"

Suasana senyap seketika..Ain masih menangis sebab mendengar kata-kata ayahnya.Dia terharu.

"Ayah sayang dia?"ain memandang ayah nya

"Sudah tentu,Ia menantu yang baik dan jaga anak ayah dengan baik juga".Ayah merenung tajam pada ain.

"Datuk Bakar sangat terkejut melihat kepulangan ain. Dia terus menelefon ayah".kata ayah ain lagi.

"Ayah macam mana pula masa tu"

"Ayah sangat happy lah!".Mereka berdua gelak kecil.

Ain tersenyum melihat ayah nya gembira dengan kepulangannya.

"Ayah risau masa saya kat luar negara?"

"Tak ada apa nak dirisaukan.Ayah yakin ain pandai jaga diri.Kan ain selalu hubungi ayah?"

"Iye..memang betul...Saya sayang ayah..Saya hubungi ayah supaya ayah tak risau.."Ain memeluk ayah dia dengan erat."Ayah maafkan saya ayah saya bukannya nak tinggalkan ayah tapi saya takut pada hari itu.."

"Tak ada apa ain perlu minta maaf..ayah faham keadaan ain masa itu." Ayah ain tidak dapat menahan lagi.Dia menitiskan air mata dengan laju.

"Ain..ayah boleh bantu ain.."

"Terima Kasih ayah,Biar lah saya selesai masalah ni dengan sendirinya" Ain tenung ayahnya dengan lembut.

*************************

Hari ini Saiful seperti biasa bekerja. Dia membuat kerjanya dengan senang hati tanpa digangu oleh minah pelik itu.

"Siapa lah..perempuan pelik tu..sumpah memang betul pelik..selama aku berkenalan dua bulan dengannya aku tak ingat apa-apa.Dia cakap cuba mengingatkan aku..lepas tu boleh bantai panggil aku abang dia..sah-sah perempuan tu baru keluar dari tanjung rambutan..Dia cakap Tan sri sayangkan aku..ha...ha..ha..ha..sumpah bodoh..Aku tak kenal siapa punya owner syarikat ni..boleh dia cakap Tan sri Ali Omar owner syarikat ni sayang aku?...Ni memang satu konpirasi!.."

Tiba-tiba telefon pejabatnya berdering.Saiful menjawab.

"Hello,Saiful bercakap"

"Hello,Encik Saiful.Saya setiausaha Tan sri Ali Omar."

"Oh ok.Ada apa saya boleh bantu?".Saiful terkesima dengan panggilan itu

"Tan sri Ali Omar ingin berjumpa saiful di pejabatnya"

"Alamak!!,kenapa ni?..pasal apa dia nak jumpa aku?..Tak akan minah pelik tu dah give up dia terus report kat Tan sri supaya aku dipecatkan terus?..Aduiii fenin-fenin"

"Hah..ok2..saya akan datang tingkat nombor berapa ye?"

"15"

"Ohh..ok..Terima Kasih..

"Sama-sama"

Saiful bangun dari kerusi.Membuka langkah menuju ke tingkat 15.

"Aku sekarang tingkat tiga..pergghh..tinggi gak pejabat bilik owner syarikat ni".


"Tan sri saya sudah memhubungi Encik Saiful..Ia akan datang tidak lama lagi"

"Oh Terima kasih..Tolong buatkan saya teh tarik dua ye..saya punya kurang manis.".Tan sri Ali Omar senyum manis padan setiausaha nya.

"Sama-sama,Ada apa-apa lagi Tan sri?"

"Tidak ada lagi..Mungkin sekejap lagi"

"Ok saya minta diri dulu"

Tan sri hanya mengangguk dan senyum.Tan sri merenung setiausahanya keluar dari pejabatnya.Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk.Setiausaha Tan sri membuka pintu.

"Awak encik saiful?"

"Iye"

Tan sri hanya merenung saiful dari pintu pejabatnya.Dia tidak berkata apa-apa.

"Tan sri sudah menunggu tu..cepat masuk encik saiful"

Saiful melangkah masuk pejabat Tan sri.Menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Assalammulaikum,Tan sri.."Saiful tersengeh seperti kerang busuk.

"Walaikumsalam,Saiful".Mereka berdua berjabat tangan bersalaman.

"Ada apa Tan sri panggil saya?.kata saiful dengan penuh hormat.

"Hmmm..saya nak tahu mengenai doktor kamu bawa ke pejabat kamu hari itu.

"Hah?..Saiful terkejut dengan kata-kata Tan sri itu."Eeeerrhhhh..itu...Itu doktor peribadi saya dia datang untuk melihat kesihatan saya".

"Ohhh.yeke?...Kamu sakit apa?"

"Eeeeerrrrrhh..saa..yaaa..saaa...yaaaa..saaa...kiiiitt....."kata saiful putus-putus.Saiful lihat sekeliling seperti mencari sesuatu dan mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Sakit apa?"kata Tan sri lagi

"Saya rasa,saya sakit..."

"Rasa?"

"Tak..tak..maksud saya"

Saiful masih memikirkan..dia tidak tahu nak menjawab apa..

"Aaaarrrgggghhh..macam ni...aku sakit apa aja?..Kalau aku cakap sakit yang kronik confirm dia terkejut. Nanti terus suruh aku buat rawatan".

"Awak sakit apa sebenarnya saiful?"Tan sri merenung tajam anak mata saiful dengan serius.

"Saya sakit hati Tan sri sebab itu doktor perempuan datang ke pejabat saya.."

"Sakit hati??..Teruk?"

"Tak teruk sangat Tan sri.."tersengeh saiful seperti kerang busuk.

"Habis tak kan sampai doktor datang ke pejabat kamu..ni mesti teruk kan?"

"Aaaaahhhhhh...hhhmmmm.."saiful ligat berfikir.

'Saiful saya boleh pecat kamu kalau kamu tak beri jawapan munasabah pada saya..ramai lagi yang berkelayakkan untuk ambil alih tempat kamu.."

Mata saiful membulat.Ia terkejut dengan kata-kata Tan sri itu.

"Tapi Tan sri...."

"Tak ada tapi-tapi..saya beri awak tiga hari untuk memjawab..awak beri lah jawapan-jawapan yang munasabah atau awak panggil doktor perempuan tu datang jumpa saya.ok?

"Hah?!..Baik lah Tan sri .."Saiful masih terkejut dengan tindakan Tan sri untuk memecatnya.

"Awak faham apa saya cakap?"

"Faham Tan sri.."

"Bagus itu sahaja saya nak cakap"

"Eeeerrrrr..boleh saya tanya sikit kat Tan sri?"

"Apa"

"Macam mana Tan sri tahu mengenai hal ni?"

Tan sri tergelak kecil.

"Ini syarikat saya saiful.Saya tahu apa staff saya buat.".Tan sri senyum.

"Ohhh ok..he.he.he.."saiful tersengeh.

"Ada apa lagi?"

"Ahhh..tak ada lagi..he..he..he..'saiful tersengeh panjang.

Tan sri menunjuk tangan ke arah pintu.Saiful melihatnya dan dia faham "Ok2,saya faham Tan sri"
Saiful mula bangun dari kerusinya dan melangkah keluar..

"Assalammulaikum, Tan sri"

"Walaikumsalam"

"Hmmm..mana air teh tarik ni..tak sampai lagi..buat apa setiausaha aku ni?"

1 ulasan: