Kata penulis

Kata Penulis
Blog ini bertujuan untuk mengasah bakat menulis saya dan dapat mengkongsikan kepada yang lain untuk sama-sama menilai cerita,olahan cerita,bahasa,menambah ilmu pengetahuan dan lain-lain.Ulasan-ulasan anda amat
saya harapkan,ulasan-ulasan yang membina amat saya hargai!


Novel:(Isteriku Seorang Doktor? dan Kucing Rumah) Sila tinggalkan ulasan anda!

Isnin, 31 Oktober 2011

Isteriku Seorang Doktor 11

"Macam mana aku nak bayar 200 juta tu kat Tan sri?..ucap hati Saiful"

"Aku mahu hanya Zulaikha,aku mencintai Zulaikha sepenuh-nya..kata hati Saiful lagi"

"Assalammulaikum...seorang berkata memecah ruang khayalan Saiful"

Saiful menoleh kearah suara itu,tepat jangkaan-nya Dr Ain yang emngucapkan salam itu.

"Walaikumsalam,Kenapa datang sini bukan dah lewat malam sekarang?"

Ain hanya merenung wajah Saiful dengan penuh kerinduan.

"Kenapa u tengok i macam itu?"

"Kenapa tak boleh ke sayang?"

"Boleh saja sayang..."

Ain terkesima dengan ucapan itu,Ain merasakan saiful mungkin sudah berubah hati untuk menerima cinta-nya.

"Terima Kasih,ucap Ain sambil menunduk malu"

"Terima Kasih apa-nya?"

"Terima Kasih sayang,sebab sayang panggil i sayang"

"Hhhmmm..lagi pun bukan i bermaksud sayang..."

"Tak apa,janji ucapan itu sungguh bermakna pada i,kata Ain sambil senyum ikhlas."

Suasana senyap seketika.Saiful melihat gelagat orang ramai yang menonton bola sepak Perdana Inggeris di Restoran mamak.

"Tak mahu makan apa-apa ke?ucap saiful."

"Makan apa yang sedap?"

"Tosai?,Nasi kandar?..I belanja untuk u"

Ain tersenyum selepas mendengar kata-kata Saiful itu.

"Kenapa u suka senyum kat i?"

"Sebab i suka kat u..."

Saiful acuh tak acuh sahaja mendengar kata-kata Ain itu.

 "I nak mee goreng.."

Saiful memanggil pelayan restoran itu untuk membuat pesanan.



Selepas selesai saiful memesan makanan yang diminta oleh Ain,Saiful berkata.

"U dari mana?macam mana boleh u jumpa i kat sini?"

"Dah lama i kat sini..baru nak tanya?"

"Kenapa?.itu sesuatu masalah?"

"Tak,cuma sikap lama itu sama saja"

"Sikap lama i?Apa maksud u?"

Ain teragak-agak untuk berkata,ia mencari helang untuk menukarkan perhatian saiful kepada topik yang lain.

"U penat ke?mesti sibuk dari kerja kan?"

"Sudah tentu,itu sebab i duduk sini,banyak kerja i kat pejabat tu..I nak tanya kenapa u cakap........."

Sebelum Saiful menghabiskan kata-kata-nya pesanan makanan yang diminta oleh Ain sudah sampai.

Ain tersenyum kerana saiful tidak sempat menanyakan pada-nya persoalang yang sedang binggung itu.

"Saiful i makan dulu ye..sambil tersengeh bersendirian"

"Hhhmmm..yela..makan-makan.."


Rabu, 6 April 2011

Isteriku Seorang Doktor? 10

"Saiful!!!"

Saiful terkejut. Dia mencari orang yang memanggil namanya.

"Saiful, Ini I lah Zulaikha"

"Huh?..Kenapa u cari I?"

"I nak kita bersama semula, I rindu hubungan kita yang dulu. I miss you Saiful"

"U rindukan I? Kenapa u tinggalkan I dulu?"

"Maafkan I Saiful I tak bermaksud nak tinggalkan u, tapi I tinggal sebab I........."

"Sebab apa?!,tegas saiful"

"Sebab I hidap barah hati, I terpaksa tinggalkan u. Takut u menderita nanti"

"Apa?!.U hidap barah hati?!.Kenapa u tak berbincang dengan baik. Kenapa sanggup tinggalkan i.Itu menambahkan derita lagi pada I. Please baby, jangan buat dalam cerita Melayu"

"I tahu itu tambah derita, I beri nota kepada u dulu i bertolak ke oversea supaya u tak terasa kehilangan i secara mengejut."

"Tolong lah Kha!!,u tak patut buat macam tu..u patut beri tahu apa yang berlaku pada u. itu lebih baik!!!!"

"I tahu....itu kesilapan i...Jadi apa patut i menebus kesalahan pada u?

"I tak tahu..apa-apa pun i rindu kat u"

Air mata Zulaikha mengalir apabila saiful mengucap kata-kata itu. Ia memberi harapan untuk dia bersama semula dengan kekasihnya yang amat dia cintai.

"Jadi?,soal Zulaikha"

Saiful merenung dia dengan tajam.

Saiful memegang tangan Zulaikha dengan erat sambil merenungnya dengan penuh debaran

Sayang, hari demi hari berlalu,cintaku terhadapmu seperti Matahari yang mekar
Sayang,kasih sayang itu adalah mainan perasaan sayang,tidak dapatku nyata kasihku padamu

Sayang,cintaku tidak dapatku ungkap dengan kata-kata sayang kerna itu adalah kata-kata
Sayang, kelakuan baik ku menjaga mu tidak dapat menunjukkan yang sebenarnya sayang kerna tiu adalah zahir.
Apa yang terbukti sudah terbukti.

********************************
 akan bersambung..............

Sabtu, 12 Mac 2011

Isteriku Seorang Doktor? 9

Saiful sekarang sungguh sibuk hingga terleka dia harus berlakon dengan Ain untuk Tan sri tidak perasan. Jam empat menunjukkan pukul 6 petang saiful masih di pejabatnya.

"Dah lambat ini..kena balik cepat ni..."

Saiful mengemas barang-barang dia dan membuka langkahnya menuju keluar dari pejabatnya. Langkah saiful besar kerana dia sudah lambat takut isa menunggu dia. Saiful dan isa sudah merancang untuk ke stadium menyaksikan perlawanan antara selangor dengan negeri sembilan. Semasa berjalan tiba-tiba saiful merasakan ada seseorang menyentuh badan di belakangnya.

"Aaaaarrrggghhhhh !!!!!!.Saiful menjerit"

Orang yang menyehtuh saiful pun menjerit kerana terkejut.

"Arrrggghhh !!"

Saiful menoleh ke belakang melihat siapa yang menyentuh tubuhnya.

"U !!??.ucap saiful"

"Haii,Saiful lama tak jumpa u..Lama i cari u tau"

"Huh,cari i?..kenapa!!?.ucap saiful tegas"

"Saiful i nak berbincang dengan u..i tinggalkan u dulu bukan apa cuma....."

"Cuma apa?"

"Adalah, i tak mampu bercakap tentang itu...maafkan i saiful.."

"Dah2...aku nak balik..ucap saiful tegas"

Saiful membuka langkah kakinya menuju ke keretanya

"Saiful !!..tunggu kejap i nak berbincang dengan u,berikan i peluang..!"

Saiful teruskan sahaja langkahnya tanpa menoleh kebelakang.

Saiful memasuki ke perut kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Saiful tidak peduli ucap rayu Zulaikha itu. Ia pecut injak minyak keretanya dan memandu dengan laju suapaya dapat lari dari Zulaikha.

***************************

Hari ini Saiful cuti. Saiful keluar bersama dengan Ain. Mereka berdua menghabiskan masa sehari suntuk untuk bersama di shopping Mall. Saiful kelihatan resah sahaja. Melihat Ain yang begitu baik bersama dia. Selama 2 minggu dalam perhubungan olok-olok ini. Saiful dapat merasakan nilai-nilai seorang ibu pada Ain. Saiful amat menyukai sifat-sifat itu kerana sifat-sifat itu akan membuatkannya rasa disayangi oleh ibunya sendiri. Saiful pasti jika Ain berkhawin dan mempunyai anak, Ia tidak kekok untuk menjadi seorang ibu yang sempurna.  Saiful kadang-kala berasa bangga apabila orang sekeliling terutama lelaki melihat dia bersama Ain, kerana Ain mempunyai susuk tubuh yang menawan dan juga idaman seseorang lelaki dan wajahnya sungguh jelita hingga tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Walaubagaimanapun, Hati saiful bukan pada Ain walaupun Ain mempunyai nilai-nilai seseorang wanita yang menjadi idaman semua lelaki, tetapi hatinya tetap pada kekasih lamanya  iaitu Zulaikha.

Saiful merenung jauh.Ia merenung silin restoran dan berkata "Kenapa kau muncul pada saat ini?.ucap hati saiful"

"Awak merenung apa tu?..merenung nak khawin dengan saya ke?..hehehe.ucap Ain tersengeh"

"Huh?..tak de ar..Aku tak nak khawin dengan kau..ucap saiful menjelir lidahnya."

"Eiiiii, Nakalnya..buli saya..cubit nak?"

"Cubit lah....ucap saiful membuat memek mukanya"

"Tak nak lah awak ganas"

"Huh? Ganas???"

"Maksud saya awak cepat marah..Ain ketawa kecil"

Saiful masih binggung dengan kata-kata Ain itu. Ia berkata.

"Aku rasa seumur hidup aku,Aku tak pernah cepat marah pada sesiapa pun..."

"Hhhhmmmm...cuba awak fikir betul-betul.."

Saiful akur dengan kata-kata Ain itu. Ia cuba berfikir kembali dengan penuh teliti. Setelah lama berfikir tiba-tiba kepala berdenyut dan rasa sakit yang teramat sangat.

"Arrrggggghhhhhh !!!..jerit saiful sedikit kuat sambil memegang kepalanya"

"Kenapa awak?"

"Entah lah, tiba-tiba kepala aku sakit dan berdenyut-berdenyut"

Ain bangun dari tempat duduknya dan membuka langkahnya mendekati saiful. Ain duduk disebelah Saiful.

"Awak sandar dulu..nanti saya ambil kereta dan pergi ke klinik saya ye.."

"Tak usah..Ok ni, tak ada apa-apa..lagi pun aku tak nak pergi"

"Kenapa tak nak pergi?"

"Nanti kena bayar lah..dah saya belanja awak sehari suntuk ni..ucap Saiful ketawa"

"Eiiii,,buli saya lagi..Kalau awak sakit semuanya FREE aja..don't worry dear"

"Betul ni?..Ok saya nak MC esok kita boleh keluar lagi..ucap saiful menyakat"

"Eiiii,jahat guna kuasa saya nak dapat cuti..ucap Ain menjelir lidahnya"

Hati kecil saiful ketawa melihat lagat Ain ni. Seperti adik yang sedang bermanja dengan Abang dia. Hati saiful senang melihat keadaan mereka berdua bergurau senda dan bermesra.

Rabu, 2 Mac 2011

Alaksi : Pemerintah Terakhir (Sinopsis)

Sudah sembilan abad peristiwa hitam manusia berlalu. Bermula perang dunia ketiga dan ke empat. Kuasa Nuklear digunakan pada perang dunia ketiga dan pedang digunakan pada perang dunia keempat. Perang dunia ketiga amat lah dahsyat sehingga memusnahkan hampir seluruh tamadun manusia dan teknologi peradaban manusia. Perang Dunia keempat berlaku manusia menggunakan pedang seperti orang-orang dahulu kala. Setelah peperangan dunia berakhir, Manusia bangkit semula dengan membina peradaban yang lebih maju berbandaing oleh nenek-moyang mereka dahulu. Peradaban manusia pada masa ini tidak menggunakan sistem demokrasi tetapi menggunakan Sistem Khalifah. Dunia telah melantik satu pemimpin untuk mentadbir seluruh umat manusia di muka planet dan planet berdekatan dengannya.Alaksi adalah kawasan empayar yang ditaklukinya empayarnya sangat luas.Khalifah telah memerintah selama tujuh abad tetapi Khalifah yang dipimpin oleh Khairul Iman mengalami pengolakan politik dan kurang persefahaman jemaah menterinya dalam mentadbir Empayarnya. Di samping itu, Puak-puak pemberontak telah melancarkan serangan di planet di bawah naungan Alaksi sehingga kini tiga planet telah berjaya di jajah oleh puak pemberontak. Puak pemberontak ingin menawan semua empayar Alaksi dan seterusnya. Alaksi mempunyai kekuatan tentera yang lengkap pada masa dahulu tetapi pada pemerintahan Khalifah Khairul Iman telah mengalami pembelotan oleh pegawai-pegawai tenteranya oleh sebab itu dengan mudah sahaja tiga buah planet di takluk oleh puak pemberontak. Galaksi Alaksi berasal dari nenek-moyang dari penduduk asal bumi. Khalifah mempunyai seorang putera iaitu Khairul Ilham yang berumur 83 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Khairul Izhar dan nama gelaran dia adalah "The Great Izhar" yang berumur 16 tahun. Khairul Ilham telah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama beliau mengurniakan 3 puteri, setelah isteri pertama beliau meninggal dunia Khairul Ilham berkahwin dengan isteri kedua pada umur 60 tahun. Hasil hubungan dengan isteri kedua beliau mengurniakan 2 puteri, setelah isteri beliau meninggal disebabkan faktor kesihatan. Khairul Ilham berkahwin sekali lagi dan berharap dapat dikurniakan seorang putera untuk mewarisi takhta Kerajaan ini. Khairul Izhar dapat gelaran "The Great Izhar" disebabkan cadangan beliau kepada Ketua Jeneral Angkatan Seluruh Tentera bersekutu Alaksi supaya menghantar Pasukan Elit Komando Gred "A level" terlebih dahulu sebelum menyerang pada sebuah planet secara keseluruhan. Cadangan ini bertujuan mengurangkan kos dan mengurangkan korban dalam peperangan berlangsung.Selain itu,Pasukan Elit Komando Gred "A level" perlu memusnahkan terlebih dahulu semua peluru Perpandu Pintar Kawalan Komputer milik puak pemberontak untuk memudahkan Tentera-Tentera Bersekutu memasuki planet itu. Sebelum itu Planet itu sudah dijajah oleh Puak pemberontak tetapi dengan kebijaksanaan Khairul Izhar cucu kepada Khalifah Khairul Iman telah menyelamatkan Empayar datuknya sendiri. Pada ketika itu Khairul Izhar umur hanya tujuh tahun. Golongan elit amat bangga dengan kebijaksanaan Khairul izhar itu. Kebijaksanaan Khairul Izhar amat di takuti oleh golongan Ultras Anti-Khalifah. Golongan ini telah wujud sejak abad ke lima lagi. Mereka golongan yang tidak suka dipimpin oleh bangsa lain mereka mahukan kemerdekaan untuk berkerajaan sendiri. Tetapi suara mereka mereka tidak didengar oleh khalifah pada zaman itu. Golongan UAK ini pernah angkat senjata untuk menentang permerintahan Khalifah tetapi mudah dipatahkan Pasukan Elit Komando "C level" seramai 115 orang. Pada zaman pemerintahan Khairul Iman mereka tidak menggunakan senjata tetapi menggunakan akal fikiran mereka untuk membunuh semua waris Khalifah.


Ok ini adalah sinopsis Alaksi:Pemerintah Terakhir
Saya minta maaf sebab tidak dapat update ISD (Isteriku Seorang Doktor) disebabkan faktor kesibukan. Apa-apa sesiapa yang menanti episod seterusnya ISD tu saya hargainya dan saya akan cuba menyiapkan ISD tu dalam waktu terdekat.. :)


Berbalik kepada Cerita Sains Fiksyen ini. Saya mungkin membuat cerita seminggu sekali atau 4 hari sekali. Ia disebabkan fokus saya terhadap  Novel ISD. Saya sebenarnya memang berminat membuat cerita sebegini..hehehe.. sebab selalu berimiginasi. ;)

Sekian,Terima Kasih.. :)

Sabtu, 26 Februari 2011

Isteriku Seorang Doktor? 8

Fikiran Saiful semakin meruncingkan melihat cabaran akan menghadapi hari-hari bersama perempuan pelik ini. Setelah melangkah keluar dari pejabat Tan sri. Saiful berjalan tanpa arah tujuan, Ain hanya mengekorinya.


"Aduuuiiii..Macam mana aku nak hadap dia hari-hari..dulu tak apa lah..boleh aku lari..sekarang ni kena tunjuk kat Tan sri aku cinta kat dia.."

Ain melihat wajah saiful yang sedikit risau dan ketakutan.

"Awak kenapa ni?"

Saiful mendengar suara Ain berkata berpaling menghadapnya.

"Baik lah, Macam ini. Kita cinta olok-olok. Aku cinta kau, kau cinta aku. Aku sayang kau, kau sayang aku, Aku sayang kau 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan dan Kau sayang aku 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, 30 hari sebulan,Tapi ingat ini olok-olok aja...faham?!.ucap saiful sedikit gertak"

"Baik lah"

"Ok,Bagus...macam ni lah senang. Hhhhmmm ok, Sekarang apa kita nak mula kan?"

"Jom pergi makan!"

"Hah?! Makan?.Saiful melihat jam ditangannya."

"Yup..boleh?..Ain tersenyum kerana dapat kenakan Saiful"

"Sekarang baru pukul 9.45 pagi?"

"Alaaaaaaa..Cakap nak tunjuk kat Tan sri tu yang kita ni couple kan?..Ain yang cuba menghasut jahat kepada saiful'

"Sekarang memang tak boleh tak pasal saya kena pecat kalau pergi makan waktu sekarang ni"

"Bagus lah kalau awak kena pecat..tak yah susah kita nak berlakon kan?.Kata Ain yang cuba memperangkapkan saiful"

"Hah?..Hhmmmmm..."

"Kenapa Hhmmmm?"

"Aku tak bermaksud apa yang kau fikirkan..Aku cuma risau aku kena pecat tu aja.."

"Hikhikhik..Yela tu..cakap lah awak sukakan saya kan?"

"Heh..maaa..nnneee...dddeee....ucap saiful putus-putus."

"Oklah awak kita jumpa masa lunch eerrkkk..saya nak pergi klinik ni..dah lambat lagi pun.."

"Ok..jumpa nanti..."

Ain membuka langkahnya dan berlalu pergi..

"Fuhhhh..nasib baik tak kantoi."

Tiba-tiba handphone saiful menerima SMS



"Awak tadi awak cakap kat depan Tan sri tadi tu betul ke?..kalau betul saya suka sangat2..hehehe.."Ye,dia kekasih saya yang amat saya cintai" Mungkin malam ni saya tak tido malam..hahaha..comel lah awak cakap macam tu!"





Saiful kebingunggan membaca mesej itu.

"Dah mula dah dia ni..macam dapat nombor Handphone aku ni!..takut lah!!.."
 
***********************

Saiful merenung Ain yang sedang khusyuk menyirup sup ekor dari tadi sehingga tidak perasan saiful merenungnya.

"Kau boleh berlakon ke?.ucap saiful"

"Berlakon? berlakon apa?.soal Ain kurang mengerti"

"Berlakon depan Tan sri lah..pasal hubungan olok-olok ni"

Ain tersenyum mendengarnya "Buat apa nak berlakon sayang..Kita buat betul-betul sudaaaa..."

Meremang bulu roma saiful apabila Ain berkata demikian " Tak nak aku, Dah lah aku tak kenal kau..Kau nak couple dengan aku lak..ucap saiful sambil mengeleng kepalanya"

"Apa kisah.. Tadi depan Tan sri awak mengaku awak cintakan saya..hahaha..macam mana ayat awak tadi Ye,dia kekasih saya yang amat saya cintai. ucap Ain sambil tersengeh gedik"

"Mane de aku cakap...ego saiful"

"Hikhik..mane de konon..cubit nak?"

Saiful diam. Dia tidak hendak berkata apa lagi.

"Kenapa diam?..Awak tak tahu nak cakap apa kan?"

"Mane de..malas nak layan awak."

"Malas ke tak tahu nak cakap apa?..Terus terang lah awak..hehe"

"Terus terang apa?"

"Terus terang lah awak suka sama saya..."

"Mane de..dah lah tak perlu bincang pasal benda tu lagi..ceat makan tu,aku banyak kerja kat office ni.."

"Pergi lah..Siapa melarang awak pergi buat kerja"

"Mana boleh aku pergi buat kerja tanpa kau tak habis makan..Nanti kantoi lah aku kalau perisik Tan sri nampak.."

"Ada kena mengena ke?"

"Kau ni.. Kau pernah nampak ke kalau orang couple pasangannya tinggalkan teman wanita yang belum habis makan?"

"Ohhhhh..kiranya kita couple lah ye?..senyum Ain"

"Olok-olok"

Muka saiful benggang sebab Ain cuba mengenakan dia.

"Awak tak marah ke,pasal saya terus terang kat Tan sri perkara sebenar?"

"Tak.."

"Kenapa"

"Sebab betul apa kau cakap tu..Kalau kita bohong kat Tan sri tak pasal-pasal nanti Tan sri suruh aku buat medical-checkup..Nanti bertambah lah masalah.."

Saiful merenung sambil senyum melihat Ain

"Kenapa?..ucap Ain"

"Kau ni bijak"

"Bijak apa"

"Kau bijak mengelakkan berlaku masalah yang besar dan pada masa yang sama kau bijak menjerat aku supaya aku dapat sentiasa bersama dengan kau..kan?"

"Awak rasa macam tu?"

"Kau rasa?"

"Saya rasa tak."

"Kenapa?"

"Sebab saya tak rasa apa-apa.."

Saiful dan Ain senyum dan ketawa setelah itu

Selepas Ain selesai makan. Saiful membayar makanan mereka berdua. Ain hanya tersenyum melihat suaminya belanjakan makan tengaharinya. Mereka berdua jalan bersama seperti pasangan yang sudah couple 10 tahun.
Saiful memegang erat tangan Ain dan Ain mengrapatkan badannya dengan saiful.

"Awak kan best setiap hari macam ini..ucap Ain ceria"

"Bagi awak best lah..Saya lakukan ini sebab tak nak terkantoi dengan Tan sri.ucap saiful berbuat-buat mesra.

Ain merenung saiful dan Saiful juga macam itu. Anak mata mereka bertembung dengan tajam.

Selasa, 22 Februari 2011

Isteriku Seorang Doktor? 7

Saiful risau akan dipecat sekiranya Ain tidak kerjasama dengan dengannya. Walaupun dia mengatakan Ain itu adalah ejen konpirasi yang ingin menjatuhkannya tetapi dia tiada pilihan lain hanya Ain sahaja boleh menyakinkan Tan sri.

Saiful menunggu Ain di pejabatnya. Setelah sepuluh minit menunggu Ain masih tidak muncul-muncul.

"Mana Ain ni...Tak kan dia tak datang pulak....hhhhmmmm....Kalau dia tak datang siap lah dia!."

Saiful cuba menelefon Ain tapi Ain tidak menjawab..

"Issshhhh mana kau ni Ain...mengeluh saiful"

Jantung saiful berdegup kecang. Dia asyik memikirkan tentang permecatan dia sekiranya Ain tidak hadir ke pejabatnya.

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk...

"Siapa?.ucap saiful"

"Ain"

Mendengar sahaja suara Ain dia bangun daripada kerusinya dan menuju ke pintu sambil berkata "Masuk". Ain terkejut apabila melihat saiful depan dia dengan muka sedikit marah.

"Kenapa awak?"

"Kenapa kau kata..tengok jam ni..ucap saiful sambil menghulurkan jam tangannya kearah Ain."

"Maaf, saya tadi ada kerja sikit kat rumah tadi."

"Kerja apa?"

"Uruskan anak.."

Saiful terkesima dengan kata-kata Ain itu. "Kau isteri orang ke?"

"Tak.."

"Habis tu..janda?"

"Tak juga.."

"Habis tu apa?"

Otak Ain ligat memikirkan untuk memberikan jawapan yang sesuai untuk memuaskan hati saiful.

"Hhhhhmmmm...itu cuma anak angkat je.."

"Ohhhhh..yeke..bagus lah kalau macam tu..'

"Kenapa bagus?"

"Bagus lah..Kau kan belum kahwin lagi...so, ada anak angkat ni senang future husband kau tu nanti.."

Ain tersenyum mendengar kata-kata saiful itu.

"Dah-dah..Kita dah lambat dah ni..jom pergi pejabat Tan sri...sambung saiful lagi"

"Oohhh ok..Tingkat nombor berapa?"

"Hhhhmmmm...Tingkat 15"

Mereka berdua membuka langkah menuju ke pejabat Tan sri dengan tergesa-gesa.

****************

"Tan sri..Mereka berdua sekarang sedang menuju ke pejabat Tan sri. ucap seriausaha Tan sri"

"Ok.terima kasih..lalu meletakkan telefon pejabatnya."

Pintu pejabatnya diketuk dengan perlahan.

"Masuk"

Saiful dan Ain melangkah masuk.

"Assalammulaikum Tan sri..ucap saiful dengan penuh hormat"

"Walaikummussalam...Sila duduk..sambil menunjuk ke arah kerusi..hhhhhmmmm...Siapa wanita ni saiful?.ucap Tan sri yang buat-buat tidak tahu sambil melihat Ain dari atas sampailah ke bawah."

"Ohhh..Ni doktor yang datang ke pejabat saya. Namanya Ain .ucap saiful senyum..ucap saiful sambil melabuhkan punggungnya"

"Ain namanya.. Saya Ali Omar Hussien.ucap Tan sri menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Ain hanya tersenyum. "Apa khabar Tan sri?"

"Khbar baik."

"Ooooohhhh..ok...Doktor kita teruskan perbincangan kita boleh saya nak tahu perjelasan doktor mengenai penyakit saiful?"

"hhhhhhmmmm..Se....be....nar....nya...ucap Ain putus-putus."

"Sebenarnya apa?.ucap Tan sri"

"Sebenarnya dia...."

"Sebenarnya diiaaa?"

"Dia tidak ada penyakit!"

Saiful mendengar kata-kata Ain itu terkesima dan mukanya sangat pucat.

Tan sri merenung saiful dengan tajam dan berkata.

"Apa ini semua saiful?.ucap Tan sri dengan nada serius."

Saiful tidak tahu hendak berkata apa-apa. Dia ligat berfikir mencari alasan yang sesuai.

"Aaaaaaaaa..saiful masih binggung dan mukanya sangat pucat."

"Saiful!.ucap Tan sri dengan nada tinggi sedikit."

"Tolong jangan pecat dia Tan sri kesalahan yang dilakukan bukannya teruk..ucap Ain lembut pertahankan saiful"

"Ni memang bukannya kesalahan yang berat tetapi saiful sudah menipu saya dengan mengatakan dia ada penyakit hati..adakah ni contoh pekerja yang baik?"

Saiful hanya tunduk setelah mendengar kata-kata Tan sri itu.

"Dan lagi kenapa dotor berkata jujur kepada saya?.sambung Tan sri lagi"

"Saya tahu kalau saya menipu lagi akan merumitkan lagi keadaan. Saya telah dengar perjelasan Saiful tadi sebelum sampai ke pejabat Tan sri.ucap Ain sambil melihat saiful"

Saiful dari tadi tidak berkata apa-apa. Dia tunduk dan mukanya merah.

"Sebenar saya datang hanya berikan dia breakfast dan kami berborak kosong sahaja."

"Kenapa kamu berikan dia breakfast dan berborak kosong?..Kamu ada hubungan apa-apa dengan saiful?"

Ain diam setelah mendengar kata-kata Tan sri itu. Dia ligat berfikir.

"Sa....ya..."

"Saya apa doktor?"

Berat untuk Ain mengatakan. Ain memandang saiful. Dia melihat wajah saiful yang hensem,manis dan boleh mencairkan hati wanita apabila saiful senyum.

Dengan jantung berdegup kencang Ain berkata.

"Saya kekasihnya........ucap Ain dengan muka merah"

"Saiful terkesima setelah mendengar kata -kata itu. Matanya membulat memandang Ain dan Tan sri.

Tan sri merenung saiful yang terkesima itu.

"Kenapa saiful?"

"Tak ada apa.ucap saiful mengelengkan kepalanya."

"Betul kata-kata Ain itu?"

Saiful memandang Ain. Mukanya merah. Saiful tidak tahu hendak menjawab apa. Kalau dia berkata ye. Mesti Tan sri akan memecat dia kerana curi tulang semasa bekerja.


"Kamu dengar tak saiful apa saya kata?"

Saiful menggangguk.

"Habis tu jawab soalan saya"

Saiful dengan hati menjawab.

"Ye..dia kekasih saya yang amat saya cintai."

Ain terkesima dan serbak dengan kata-kata saiful.Dia merenung saiful tajam.Walaupun dia tahu kata-kata itu tidak ikhlas tapi sudah cukup mendengar kata-kata keramat itu keluar daripada mulut saiful.

Tan sri menyandarkan badannya ke kerusinya dan ligat berfikir.

'Ok..macam ni lah..Saya tidak kata,kata kamu ni betul ke tidak. Apa saya nak katakan saya nak kamu buktikan kepada saya yang kamu ini saling mencintai.


Saiful terkejut dan matanya membulat.

"Kenapa sampai macam tu sekali Tan sri?.ucap saiful sedikit tinggi"

"Pertama kamu sudah menipu saya. Kamu katakan kamu ada penyakit kroni. Kedua kamu membawa kekasih kamu ini untuk menipu saya sekali lagi."

Saiful hanya tunduk dari pandangan Tan sri.

Saiful memandang Ain. Muka merah sejak dari tadi tidak berubah-rubah.

"Macam mana kami nak buktikan pada Tan sri?.ucap saiful.

"Hhhhmmmm..saya akan seorang pemerhati untuk memerhatikan kamu berdua.

Mata saiful membulat. "Ia akan memerhatikan kami sampai ke rumah ke?"

"Kalau boleh.ucap Tan sri senyum."

"Kalau perkara ini satu perbohongan?.ucap Ain yang merenung tajam pada Tan sri."

"Kalau kamu berdua bohong saya lagi..kamu saiful akan saya saman kamu sebanyak 200 JUTA Dollar dan Kamu doktor saya akan saman kamu sebanyak 150 JUTA Dollar."

Saiful terkesima. Saiful hampir pengsan setelah mendengar kata-kata Tan sri itu.

"Mana saya nak cari duit sebanyak tu..ucap saiful"

"Kamu menipu saya ke?.ucap Tan sri senyum."

"Tidak.ucap saiful"

Suasana senyap seketika.

"Ok itu sahaja perbincangan kita hari ni..sekejap sahaja lagi saya ada mesyuarat dengan pengurus-pengurus saya.ucap Tan sri senyum."

"Ok,kami minta diri dulu Tan sri.ucap Ain."

Saiful dan Ain bangun dari kerusi mereka dan buka langkah mereka menuju ke pintu.

"Assalammulaikum Tan sri.ucap Ain'

"Walaikummussalam."

"Assalammulaikum Tan sri.ucap saiful mengikuti Ain"

Walaikummussalam."

Ahad, 20 Februari 2011

Isteriku Seorang Doktor? 6

Fikiran Saiful semakin kusut.Ia asyik mencari jawapan munasabah untuk Tan sri nanti.

"Aduuuiii..Macam mana ni. Apa alasan aku nak bagi ni. Masa tinggal sehari je!. Tak akan aku nak panggil perempuan gila tu. Ishh.. Ni semua pasal perempuan tu arh. Kalau bukan dia tak akan aku jumpa Tan sri tadi. Memang tak ada jalan lain ke?. Tapi cara yang terbaik kena bawa perempuan gila tu jumpa Tan sri lah.. Hmmm,terpaksa."


Pada keesokan harinya Saiful datang ke klinik ain untuk berjumpa dengannya.

"Hhhmmmm. Doktor ada?"

"Ada.ucap penolong ain"

"Saya nak jumpa dia.Boleh?"

"Hmmm,untuk apa encik?"

"Katakan kepada dia ni hal peribadi."

Penolong ain pergi mendapatkan doktor nya. Selepas dua minit kemudian penolong ain datang semula.

"Siapa nama encik?"

"Hah?..Ahmad."

"Ohh Silakan masuk."

Saiful saja memberi nama palsu. Dia agak mesti ain tak nak jumpa dia lagi selepas pergaduhan tempoh hari. Saiful membuka langkan menuju ke bilik rawatan. Dia berdebar-debar apabila mengapai tombol pintu. Lalu dia membuka perlahan-lahan dengan perasaan bercampur benci dan simpati.

Ain tidak perasaan kehadiran saiful kerana dia sibuk mencari sesuatu di almarinya.

"Assalammulaikum,ucap saiful"

Ain amat mengenali suara itu. Lalu dia menoleh kebelakang. Tetapi dengan pantas saiful memeluknya dari belakang dan menutup mulutnya.

"Senyap,jangan kau nak bising kalau kau bising nanti ada kes pembunuhan di klinik ni..Ha..ha..ha..Saiful ketawa kecil..Aku tahu kau benci dengan aku kan ain? sama juga dengan aku. Tapi kali ini aku kurang benci dengan kau lah sebab aku nak kau tolong aku boleh?"

 Saiful melepas tangan dari mulut ain. Ain cuba melepaskan dirinya dari pelukan itu,tetapi dia tidak mampu mematahkan tenaga seorang lelaki.

"Apa awak nak?".ucap ain dalam ketakutan."

"Aku nak esok datang ke pejabat aku."

"Untuk apa?"

"Adalah,datang pukul 8.00 tepat terus ke pejabat aku. Nanti kau tahu apa tujuan nya."

"Baiklah."

"Bagus,macam ni lah."

Saiful melepaskan pelukannya. Ain menoleh kebelakang.

"Itu sahaja awak nak jumpa dengan saya?"

"ye"

Ain tenung wajah saiful itu dengan penuh kasih sayang.

"asal kau tenung aku macam tu?"

Ain mengeleng kepala "Tak ada apa"

Saiful tersenyum.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

"Kenapa awak senyum?"

"Saja"

Ain hanya tersenyum dengan tingkah laku saiful lalu berkata.

"Kenapa awak buat macam tu?"

"Buat apa?"

"Awak ugut saya tadi."

"Aku ingat kau tak nak jumpa aku lagi..Aku tak nak kau halau aku ."

"Sebab aku pernah marah kau tempoh hari..dan aku rasa benci kau pada aku akan buat kau tak nak jumpa aku lagi.sambung saiful lagi."

"Saya tak pernah berdendam dengan awak"

"Bagus lah"

Suasana senyap seketika. Hanya bunyi penghawa dingin bergema di bilik rawatan.

"Macam mana dengan saya?"

"Macam mana apa?"

"Benci?"

"ye"

"Kenapa?"

"Sebab kau aku rasa hanya nak mengenakan aku saja."

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Jangan nak berdalih lagi..Aku banyak kali jumpa wanita macam kau".

"Apa maksud awak?"

"Tak perlu aku cerita."

"Kenapa?"

"Tak penting"

"Kalau awak benci kat saya kenapa perlukan saya lagi?"

"Aku terdesak"

"kenapa awak terdesak?"

"itu awak tak perlu tahu"

Ain rasa kecewa dengan jawapan yang diberi oleh saiful.

"Baik lah,dan pertanyaan lagi?,ucap saiful sambil merenung tajam ke muka ain.

Ain tunduk mengelengkan kepalanya.

Saiful membuka langkahnya menuju ke pintu sambil berkata.

"Jumpa esok"

"hhhmmmm"

Ain merenung saiful yang keluar dari biliknya.Selepas saiful melangkah keluar dari bilik tiba-tiba telefon bombitnya berdering. Ain mengapai "handphone"  nya melihat pada skrin telefonnya.

"Ayah?"

Ain menjawab panggilan itu dan berkata.

"Assalammulaikum ayah..kenapa ayah "call" ni?"

"Walaikummussalam.....Ain dapat berita gembira hari ni?"

"Berita gembira?"

"yup"

"Maksud ayah?"

"Meminta pertolongan sesuatu daripada ain...."

"Hah??!!..ain sudah dapat menangkap kata-kata ayahnya. Ayah yang lakukan semua ni?..Ain menjerit kepada ayahnya. Dia terkejut.

"Iye"

"Kenapa ayah?"

"Untuk anak ayah"

Ain tidak dapat menahan lagi. Airmatanya mengalir laju di pipinya.

"Terima kasih ayah"

"Sama-sama,jangan nangis ain..ayah buat macam ni sebab sayang ain."

"Abis macam mana nanti kalau dia tahu.."

"Ain jangan risau..Hanya ain,ayah dan datuk bakar sahaja yang tahu..dia tak tahu apa-apa."

"So,esok ain buat tak kenal dengan ayah..jangan risau ayah akan berlakon macam Aoron Aziz..sambung ayahnya lagi"

"Kenapa Aoron Aziz pulak?.soal ain lucu"

"Sebab dia hensem"

Mereka berdua gelak dengan keriangan.

"Sebab tu lah,semalam ayah cakap ada dapat berita gembira..rupa-rupanya ni berita gembiranya."

"yup..ha..ha..ha"

Ain sebenar sudah putus asa untuk menyedarkan suaminya. Selepas dimarahi suaminya tempoh hari dia tidak berjumpa dengan saiful lagi sebab dia memang tidak ada harapan lagi untuk mencurah kasihnya kepada saiful memandangkan saiful melihatnya sebagai musuhnya dan tidak mengingati apa-apa. Tapi kali ni ayahnya telah membukakan jalan untuk dia mendapatkan saiful kembali.

"Saiful saya amat mencintai awak,jangan tinggalkan saya..saiful ingat lah saya saiful..ucap ain dihatinya. Airnatanya mengalir dengan deras membasahi pipi gebunya."