Saiful lambat bangun hari ini kerana cuti. Dia ingin membuat sesuatu yang berguna hari ini sebab bukan selalu saiful dapat cuti.
"Hmm.. Apa aku nak buat hari hah?"
"Hai awak!"
tiba-tiba ada seorang menyampuk dari arah pintu biliknya.
"HUH?. Macam mana kau masuk rumah aku hah!!"
"Ini..Ain menunjuk kunci yang dipegangnya kepada saiful"
Saiful binggung. Dia tidak berkata apa-apa.
"Adooyyaaiiii...perempuan buat aku takut aja. Dah haritu ada kunci kereta aku..lepas tu tak kena marah langsung dengan Datuk Dakar..soal nya dihati"
Saiful merenung tajam ke arah ain. Seperti marah tindakan ain memasuki rumah tanpa kebenaran.
"Kenapa pandang macam tu?"
"Tak ada apa..cuma nak tanya?boleh?"
"Boleh aja..apa?"
"Kenapa macam kau ada kunci kereta aku??..kenapa Datuk Bakar tak marah aku..lepas lihat kau terus tak marah..dan lagi macam mana masuk rumah aku?..mana dapat kunci ni?
Ain tak nak menjawab..Hanya tunduk di depan pintu biliknya..
"Ada lah.."
"Ada apa?"
"Entah"
'Baik kau cakap..sebelum aku tarik kau masuk bilik ini..aku kerjakan kau..benggang Saiful"
Terkejut ain mendengar kata-kata saiful itu.Ain tahu saiful tak akan membuatnya begitu.
"Yeke??..Awak berani buat ke?? ain senyum.
"Aku kira sampai sepuluh..tiga kau dah bagi jawab.."
"Satu"
Ain diam
"Dua"
Masih diam
"Betul ni kau cabar aku ain?"
"Awak tak perlu nak tahu..itu tak penting.."
"Baik kau cakap betul-betul..penting ke tak penting ke aku nak tahu.."
"Betul apa saya cakap..itu penting untuk awak tahu"..Ain semakin takut..dia cuba berganjak..tapi dia tak buat dia tahu saiful tak akan buat macam padanya.
"Ti...........ga!"Mata saiful saiful merenung tajam tepat pada anak mata ain. Ain terkejut tindak tanduk saiful yang berubah jadi seperti itu.
"Awak jangan pandang saya macam tu..saya takut.."
HA..HA..HA..kau dah terlambat!".Saiful bangun dari katilnya dan menarik ain masuk kebiliknya lalu mengunci pintu biliknya.
"SAIFUL!..apa ni..jangan buat saya macam ni!"Ain cuba nak menangis tetapi ia menahannya.Matanya kelihatan berkaca.
"Kau diam!..Aku sekarang boleh buat apa-apa sahaja kat kau..Kalau kau tak bagi tahu..Aku akan kerja kan kau atau Aku akan report polis sebab masuk rumah aku tanpa kebenaran!!Saiful menjerit kuat.
"Kau pilih mana satu ain!.Nak jawab atau tak..Kalau tak jawab pilih mana satu sama ada aku report polis atau aku kerjakan kau!"
Ain ketakutan mendengar soal saiful itu."Aku tak akan jawab..ini rahsia..tapi kalau jawab macam mana nanti..Macam mana nanti aku kena tangkap dengan polis?? tak pasal-pasal aku kena tidur lokap..tapi tak aku kisa kalau di.......Hah apa fikirkan aku ni!!??..tapi memang aku tak kisa kalau diperlakukan sebegitu.. sebab aku yakin saiful tak akan apa-apakan aku"
"Cepat apa pilihan kau?"
"Saiful....please....respect kat saya..jangan buat saya macam ni.."
" Aku tak peduli..cakap cepat!"
"Kenapa awak macam ni..saiful!..dulu awak hormat pada saya..jaga saya,jaga anak-anak kita..Awak lupa ke semua tu?"Ain tidak mampu menahan air mata nya..Ain menangis...Air matanya berair laju di pipi gebu dia.
"Kau jangan tukar topik..Aku tak kenal kau selama aku hidup..dan kau mengacau hidup aku..dan Kau buat aku menyampah..Aku tak tahu macam mana kau ada kunci kereta aku,kunci rumah aku..hah? kau faham tak?!..Datuk bakar tu tidak memarahi aku langsung!!..Aku dapat rasakan ni satu konpirasi nak menjatuhkan aku..sebab tu Datuk bakar tak marah selepas melihat kau mungkin kau dihantar Tan sri Ali Omar untuk menjalankan rancangan maha jahat ni!!
"Abang!!!..Ain menangis..Air matanya keluar dengan sebegitu banyak sekali. Jangan cakap macam tu..perkara ini bukanlah apa abang maksud kan.."
"Kenapa abang,marah saya sampai begini..sebelum ni abang layan saya dengan baik?"
"Hah?!..Siapa abang kau.Aku bukan suami kau!..Sebelum ini aku memang layan kau dengan baik itupun sebab aku nak tahu kau ni siapa dan bagaimana kau tahu rumah aku,kunci kereta aku,makanan kegemaran aku..Aku cuma boneka sahaja..!!
"Saya buat macam itu cuma nak bang ingatkan saya..hanya itu sahaja jalan yang ada..
"Ingat apa!!...selama 2 bulan aku berkenalan dengan kau aku tak ingat apa-apa pun malah,membuatkan aku takut..iye..ini satu konpirasi!
"Bukan ini bukan satu Konpirasi..Tan sri,Datuk bakar atau mana-mana pihak pun tak ada buat perkara macam itu kat abang.."
Saiful mendengar dengan teliti kata-kata ain tu..Dia ligat berfikir kepala dia.
"Dan Tan sri sayang kan abang!"
"Huh??!!..Saiful terkesima mendengar kata-kata ain itu. Apa maksud kau?
"Tidak ada apa"..Ain membuka langkah menuju ke pintu
Saiful hanya membiarkan sahaja ain keluar dari biliknya..Dia masih bertanya-tanya dengan kata-kata ain tadi.
"Abang saya nak balik Assalammulaikum"
Saiful memandang kearah ain.Ain juga begitu..Saiful tidak kata sepatah pun kerana terkejut.Ain berlalu pergi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan