Kata penulis

Kata Penulis
Blog ini bertujuan untuk mengasah bakat menulis saya dan dapat mengkongsikan kepada yang lain untuk sama-sama menilai cerita,olahan cerita,bahasa,menambah ilmu pengetahuan dan lain-lain.Ulasan-ulasan anda amat
saya harapkan,ulasan-ulasan yang membina amat saya hargai!


Novel:(Isteriku Seorang Doktor? dan Kucing Rumah) Sila tinggalkan ulasan anda!

Sabtu, 12 Mac 2011

Isteriku Seorang Doktor? 9

Saiful sekarang sungguh sibuk hingga terleka dia harus berlakon dengan Ain untuk Tan sri tidak perasan. Jam empat menunjukkan pukul 6 petang saiful masih di pejabatnya.

"Dah lambat ini..kena balik cepat ni..."

Saiful mengemas barang-barang dia dan membuka langkahnya menuju keluar dari pejabatnya. Langkah saiful besar kerana dia sudah lambat takut isa menunggu dia. Saiful dan isa sudah merancang untuk ke stadium menyaksikan perlawanan antara selangor dengan negeri sembilan. Semasa berjalan tiba-tiba saiful merasakan ada seseorang menyentuh badan di belakangnya.

"Aaaaarrrggghhhhh !!!!!!.Saiful menjerit"

Orang yang menyehtuh saiful pun menjerit kerana terkejut.

"Arrrggghhh !!"

Saiful menoleh ke belakang melihat siapa yang menyentuh tubuhnya.

"U !!??.ucap saiful"

"Haii,Saiful lama tak jumpa u..Lama i cari u tau"

"Huh,cari i?..kenapa!!?.ucap saiful tegas"

"Saiful i nak berbincang dengan u..i tinggalkan u dulu bukan apa cuma....."

"Cuma apa?"

"Adalah, i tak mampu bercakap tentang itu...maafkan i saiful.."

"Dah2...aku nak balik..ucap saiful tegas"

Saiful membuka langkah kakinya menuju ke keretanya

"Saiful !!..tunggu kejap i nak berbincang dengan u,berikan i peluang..!"

Saiful teruskan sahaja langkahnya tanpa menoleh kebelakang.

Saiful memasuki ke perut kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Saiful tidak peduli ucap rayu Zulaikha itu. Ia pecut injak minyak keretanya dan memandu dengan laju suapaya dapat lari dari Zulaikha.

***************************

Hari ini Saiful cuti. Saiful keluar bersama dengan Ain. Mereka berdua menghabiskan masa sehari suntuk untuk bersama di shopping Mall. Saiful kelihatan resah sahaja. Melihat Ain yang begitu baik bersama dia. Selama 2 minggu dalam perhubungan olok-olok ini. Saiful dapat merasakan nilai-nilai seorang ibu pada Ain. Saiful amat menyukai sifat-sifat itu kerana sifat-sifat itu akan membuatkannya rasa disayangi oleh ibunya sendiri. Saiful pasti jika Ain berkhawin dan mempunyai anak, Ia tidak kekok untuk menjadi seorang ibu yang sempurna.  Saiful kadang-kala berasa bangga apabila orang sekeliling terutama lelaki melihat dia bersama Ain, kerana Ain mempunyai susuk tubuh yang menawan dan juga idaman seseorang lelaki dan wajahnya sungguh jelita hingga tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Walaubagaimanapun, Hati saiful bukan pada Ain walaupun Ain mempunyai nilai-nilai seseorang wanita yang menjadi idaman semua lelaki, tetapi hatinya tetap pada kekasih lamanya  iaitu Zulaikha.

Saiful merenung jauh.Ia merenung silin restoran dan berkata "Kenapa kau muncul pada saat ini?.ucap hati saiful"

"Awak merenung apa tu?..merenung nak khawin dengan saya ke?..hehehe.ucap Ain tersengeh"

"Huh?..tak de ar..Aku tak nak khawin dengan kau..ucap saiful menjelir lidahnya."

"Eiiiii, Nakalnya..buli saya..cubit nak?"

"Cubit lah....ucap saiful membuat memek mukanya"

"Tak nak lah awak ganas"

"Huh? Ganas???"

"Maksud saya awak cepat marah..Ain ketawa kecil"

Saiful masih binggung dengan kata-kata Ain itu. Ia berkata.

"Aku rasa seumur hidup aku,Aku tak pernah cepat marah pada sesiapa pun..."

"Hhhhmmmm...cuba awak fikir betul-betul.."

Saiful akur dengan kata-kata Ain itu. Ia cuba berfikir kembali dengan penuh teliti. Setelah lama berfikir tiba-tiba kepala berdenyut dan rasa sakit yang teramat sangat.

"Arrrggggghhhhhh !!!..jerit saiful sedikit kuat sambil memegang kepalanya"

"Kenapa awak?"

"Entah lah, tiba-tiba kepala aku sakit dan berdenyut-berdenyut"

Ain bangun dari tempat duduknya dan membuka langkahnya mendekati saiful. Ain duduk disebelah Saiful.

"Awak sandar dulu..nanti saya ambil kereta dan pergi ke klinik saya ye.."

"Tak usah..Ok ni, tak ada apa-apa..lagi pun aku tak nak pergi"

"Kenapa tak nak pergi?"

"Nanti kena bayar lah..dah saya belanja awak sehari suntuk ni..ucap Saiful ketawa"

"Eiiii,,buli saya lagi..Kalau awak sakit semuanya FREE aja..don't worry dear"

"Betul ni?..Ok saya nak MC esok kita boleh keluar lagi..ucap saiful menyakat"

"Eiiii,jahat guna kuasa saya nak dapat cuti..ucap Ain menjelir lidahnya"

Hati kecil saiful ketawa melihat lagat Ain ni. Seperti adik yang sedang bermanja dengan Abang dia. Hati saiful senang melihat keadaan mereka berdua bergurau senda dan bermesra.

Rabu, 2 Mac 2011

Alaksi : Pemerintah Terakhir (Sinopsis)

Sudah sembilan abad peristiwa hitam manusia berlalu. Bermula perang dunia ketiga dan ke empat. Kuasa Nuklear digunakan pada perang dunia ketiga dan pedang digunakan pada perang dunia keempat. Perang dunia ketiga amat lah dahsyat sehingga memusnahkan hampir seluruh tamadun manusia dan teknologi peradaban manusia. Perang Dunia keempat berlaku manusia menggunakan pedang seperti orang-orang dahulu kala. Setelah peperangan dunia berakhir, Manusia bangkit semula dengan membina peradaban yang lebih maju berbandaing oleh nenek-moyang mereka dahulu. Peradaban manusia pada masa ini tidak menggunakan sistem demokrasi tetapi menggunakan Sistem Khalifah. Dunia telah melantik satu pemimpin untuk mentadbir seluruh umat manusia di muka planet dan planet berdekatan dengannya.Alaksi adalah kawasan empayar yang ditaklukinya empayarnya sangat luas.Khalifah telah memerintah selama tujuh abad tetapi Khalifah yang dipimpin oleh Khairul Iman mengalami pengolakan politik dan kurang persefahaman jemaah menterinya dalam mentadbir Empayarnya. Di samping itu, Puak-puak pemberontak telah melancarkan serangan di planet di bawah naungan Alaksi sehingga kini tiga planet telah berjaya di jajah oleh puak pemberontak. Puak pemberontak ingin menawan semua empayar Alaksi dan seterusnya. Alaksi mempunyai kekuatan tentera yang lengkap pada masa dahulu tetapi pada pemerintahan Khalifah Khairul Iman telah mengalami pembelotan oleh pegawai-pegawai tenteranya oleh sebab itu dengan mudah sahaja tiga buah planet di takluk oleh puak pemberontak. Galaksi Alaksi berasal dari nenek-moyang dari penduduk asal bumi. Khalifah mempunyai seorang putera iaitu Khairul Ilham yang berumur 83 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Khairul Izhar dan nama gelaran dia adalah "The Great Izhar" yang berumur 16 tahun. Khairul Ilham telah berkahwin sebanyak tiga kali. Isteri pertama beliau mengurniakan 3 puteri, setelah isteri pertama beliau meninggal dunia Khairul Ilham berkahwin dengan isteri kedua pada umur 60 tahun. Hasil hubungan dengan isteri kedua beliau mengurniakan 2 puteri, setelah isteri beliau meninggal disebabkan faktor kesihatan. Khairul Ilham berkahwin sekali lagi dan berharap dapat dikurniakan seorang putera untuk mewarisi takhta Kerajaan ini. Khairul Izhar dapat gelaran "The Great Izhar" disebabkan cadangan beliau kepada Ketua Jeneral Angkatan Seluruh Tentera bersekutu Alaksi supaya menghantar Pasukan Elit Komando Gred "A level" terlebih dahulu sebelum menyerang pada sebuah planet secara keseluruhan. Cadangan ini bertujuan mengurangkan kos dan mengurangkan korban dalam peperangan berlangsung.Selain itu,Pasukan Elit Komando Gred "A level" perlu memusnahkan terlebih dahulu semua peluru Perpandu Pintar Kawalan Komputer milik puak pemberontak untuk memudahkan Tentera-Tentera Bersekutu memasuki planet itu. Sebelum itu Planet itu sudah dijajah oleh Puak pemberontak tetapi dengan kebijaksanaan Khairul Izhar cucu kepada Khalifah Khairul Iman telah menyelamatkan Empayar datuknya sendiri. Pada ketika itu Khairul Izhar umur hanya tujuh tahun. Golongan elit amat bangga dengan kebijaksanaan Khairul izhar itu. Kebijaksanaan Khairul Izhar amat di takuti oleh golongan Ultras Anti-Khalifah. Golongan ini telah wujud sejak abad ke lima lagi. Mereka golongan yang tidak suka dipimpin oleh bangsa lain mereka mahukan kemerdekaan untuk berkerajaan sendiri. Tetapi suara mereka mereka tidak didengar oleh khalifah pada zaman itu. Golongan UAK ini pernah angkat senjata untuk menentang permerintahan Khalifah tetapi mudah dipatahkan Pasukan Elit Komando "C level" seramai 115 orang. Pada zaman pemerintahan Khairul Iman mereka tidak menggunakan senjata tetapi menggunakan akal fikiran mereka untuk membunuh semua waris Khalifah.


Ok ini adalah sinopsis Alaksi:Pemerintah Terakhir
Saya minta maaf sebab tidak dapat update ISD (Isteriku Seorang Doktor) disebabkan faktor kesibukan. Apa-apa sesiapa yang menanti episod seterusnya ISD tu saya hargainya dan saya akan cuba menyiapkan ISD tu dalam waktu terdekat.. :)


Berbalik kepada Cerita Sains Fiksyen ini. Saya mungkin membuat cerita seminggu sekali atau 4 hari sekali. Ia disebabkan fokus saya terhadap  Novel ISD. Saya sebenarnya memang berminat membuat cerita sebegini..hehehe.. sebab selalu berimiginasi. ;)

Sekian,Terima Kasih.. :)